Monday, 14 January 2013

Mana Jalan Raya Kami?

Salam di pertemuan pasca Kebangkitan Rakyat - KL112!

Ya, mana jalan raya kami? Lebuh Rajawali. Namanya Lebuh dan bukannya jlan, alang tetapi jalannya sempit. Bukankah sepatutnya sudah ada jalan tembus dari penghujung Lebuh Rajawali di hadapan Sekolah Kg Dato' Ahmad Said ke tapak Bandar Manjoi.

Bertahun Husni dah jadi Wakil Rakyat sampai kini sudah jadi Menteri Kewangan, pun masih tak boleh nak buatkan sambungan Lebuh Rajawali ke Tapak Bandar Manjoi!

Lebuh Rajawali ini sudah lama berada di Gugusan Manjoi dan sebagai Jalan Utama di Kampung Dato' Ahmad Said. Ianya dipisahkan kepada Kg Sungai Tapah/Kg Manjoi oleh suatu bekas lombong yang sepatutnya pun sudah lama menjadi RPT. Tak mampu juga Husni nak siapkan!

Pelan Pembangunan Gugusan Manjoi sudah menjangkau 10 tahun lebih dari idea asalnya diterjemahkan. Orang Manjoi tak mintak banyak pun. Hanyalah jalan penghubung bagi memudahkan perjalanan penduduk agar tidak lagi berselisih di selekoh yang sempit..... 

Jom Hadir Ke Malam Kebangkitan Rakyat di Rumah Ustaz Rivai pada 18.1.13 (Hari Jumaat)



Jom Hadir Ke Malam Kebangkitan Rakyat di Rumah Ustaz Rivai pada 18.1.13 (Hari Jumaat)

Angkatan Muda Keadilan [AMK] Cabang Tambun dengan hormatnya mnjemput Tuan/Puan Ke

MALAM KEBANGKITAN RAKYAT
ZON KAMPUNG TENGKU HUSEIN & TAMAN KLEDANG JAYA

TARIKH: 18 JANUARI 2013
HARI JUMAAT
MASA: 7.00 PETANG HINGGA 11 MALAM

BERTEMPAT DI RUMAH USTAZ RIVAI BATUBARA
239A, JALAN KELEDANG, KG TENGKU HUSSEIN TAMBAHAN, IPOH, PERAK

Aturcara:

1. Solat Maghrib Berjemaah
2. Tazkirah
3. Solat Hajat
4. Solat Isya' Berjemaah
5. Bicara Politik
6. Tayangan Video

Moh Hadir Ramai-ramai dan Jemput Semua Kenalan.

RAKYAT BANGKIT, TAMBUN BERUBAH!
Ke Arah Ipoh Baru

Sunday, 6 January 2013

Manjoi Saga: Pelan Pembangunan Gugusan Manjoi - Khayalan atau Realiti?

1. Idea masyarakat Manjoi dipaksa untuk dicurahkan kepada suatu makalah yang akhirnya dinamai sebagai Pelan Pembangunan Gugusan Manjoi. Namun, kini dimanakah hasilnya? Berjaya atau kecundang?

2. Apakah tapak yang dikatakan untuk dijadikan sebagai Pusat Bandar Manjoi itu sememangnya untuk didirikan suatu pasaraya swasta atau kompleks pasar manjoi yang memberikan ruang dan peluang kepada warga Manjoi sendiri?

3. Apakah langkah yang telah dilakukan oleh Tuan Wakil Rakyat terhadap kewujudan lebih banyak lagi RPT  yang akan memberikan peluang kepada generasi kedua Manjoi memiliki tanah? Kenapa rancangan yang telah ditandakan di dalam Pelan Pembangunan itu atau di dalam mana-mana perancangan masih tidak dijalankan lagi? Kenapa masih wujud banyaknya bekas-bekas lombong yang sepatutnya sudah menjadi RPT?

4. Mengapakah sistem jalanraya penghubung antara tapak Bandar Manjoi dan Jalan Jelapang masih tiada lagi? Kenapakah masih tiada lagi jalan penghubung di antara Lebuh Rajawali dan tapak Bandar Manjoi? Begitu juga jalan penghubung diantara sekolah rendah Jelapang Jaya dan sekolah Menengahnya yang masih terpisah?

5. Benarkah tapak Pasar Manjoi kini itu dirancang untuk dijadikan sebagai sedemikian atau ia sebenarnya adalah tapak baru untuk RPT juga?

6. Isu Banjir di Manjoi? Cukupkah sekadar proses pendalam sungai sahaja? Kenapakah perlu berkali-kali JPS membuat kerja-kerja yang sama? 

7. Inilah "Saga" di dalam Pelan Pembangunan Guguan Manjoi. Pelan yang direka khas untuk ahli kuasa mengekalkan kuasanya atau untuk membangunkan rakyat dan tanahnya? Untuk perhatian pihak-pihak yang berwajib; barang diingat! Kami sedang meninjau secara saintifik, demografik serta muslihat politik onar oleh mereka itu. Bukit Sungai Kati telah pun kami jelajahi dan di sana, nampak segalanya..... 

Saturday, 5 January 2013

Kejayaan Dato' Husni diperingkat antarabangsa - Buka peluang pekerjaan kepada Rakyat Nepal

1. Pernah ada orang berkata, di Nepal terdapat suatu banglo yang dipanggil "Mansion" yang mana di dalamnya akan terjumpalah sesiapa yang ke sana; barisan pelacur wanita yang amat cantik untuk dilanggan; dan harganya amat mahal sekali.

2. MP Tambun, pada suatu masa dahulu pernah bertugas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan pastilah pernah ke Nepal untuk urusan dagangan antarabangsa.

3. Barangkali perdagangan manusia juga adalah suatu perdagangan yang amat laris dan lumayan pada masa kini. Di Malaysia, perdagangan manusia juga melibatkan kemasukan pekerja-pekerja asing yang pastinya juga adalah wang yang lumayan buat orang politik yang bijak dalam urusan yang tertentu.

4. Dato' Husni telah membina sebuah pasaraya hebat di tengah-tengah kampungraya gugusan Manjoi. Iaitu sebuah Pasaraya Mydin.

5. Sudah pastilah kini sebagai Mentei Kewangan, Husni boleh saja meluluskan wang berjuta-juta ringgit kepada Mydin untuk membina dua pasaranya secara serentak di kotaraya Ipoh. Kedua-duanya terletak di konstituensi Tambun.

6. Jika ada yang pernah melihat Husni minum-minum santai dengan tauke Mydin tiadalah yang perlu dihairankan lagi.

7. Husni adalah Menteri yang sangat berjaya dan janganlah ada sesiapa yang berani mengatakan bahawa dia bukanlah Menteri yang kaya raya. Husni memang seorang Menteri yang amat sangat kaya.

(...Bersambung......)


Friday, 4 January 2013

Gerakerja Penubuhan Jentera AMK mengikut Zon di DUN Manjoi

1. Zon Chemor akan mempunyai 4 Briged AMK Tambun iaitu KANTHAN, PEKAN CHEMOR, KLABANG & KUALA KUANG. Pusat Gerakannya akan berada di Klebang Selatan 

2. Zon Chepor akan mempunyai 3 Briged AMK Tambun iaitu KAMPONG CHEPOR DALAM, KAMPONG ULU CHEPOR & MERU RAYA. Pusat Gerakannya akan berada di Meru Raya.