1. Idea masyarakat Manjoi dipaksa untuk dicurahkan kepada suatu makalah yang akhirnya dinamai sebagai Pelan Pembangunan Gugusan Manjoi. Namun, kini dimanakah hasilnya? Berjaya atau kecundang?
2. Apakah tapak yang dikatakan untuk dijadikan sebagai Pusat Bandar Manjoi itu sememangnya untuk didirikan suatu pasaraya swasta atau kompleks pasar manjoi yang memberikan ruang dan peluang kepada warga Manjoi sendiri?
3. Apakah langkah yang telah dilakukan oleh Tuan Wakil Rakyat terhadap kewujudan lebih banyak lagi RPT yang akan memberikan peluang kepada generasi kedua Manjoi memiliki tanah? Kenapa rancangan yang telah ditandakan di dalam Pelan Pembangunan itu atau di dalam mana-mana perancangan masih tidak dijalankan lagi? Kenapa masih wujud banyaknya bekas-bekas lombong yang sepatutnya sudah menjadi RPT?
4. Mengapakah sistem jalanraya penghubung antara tapak Bandar Manjoi dan Jalan Jelapang masih tiada lagi? Kenapakah masih tiada lagi jalan penghubung di antara Lebuh Rajawali dan tapak Bandar Manjoi? Begitu juga jalan penghubung diantara sekolah rendah Jelapang Jaya dan sekolah Menengahnya yang masih terpisah?
5. Benarkah tapak Pasar Manjoi kini itu dirancang untuk dijadikan sebagai sedemikian atau ia sebenarnya adalah tapak baru untuk RPT juga?
6. Isu Banjir di Manjoi? Cukupkah sekadar proses pendalam sungai sahaja? Kenapakah perlu berkali-kali JPS membuat kerja-kerja yang sama?
7. Inilah "Saga" di dalam Pelan Pembangunan Guguan Manjoi. Pelan yang direka khas untuk ahli kuasa mengekalkan kuasanya atau untuk membangunkan rakyat dan tanahnya? Untuk perhatian pihak-pihak yang berwajib; barang diingat! Kami sedang meninjau secara saintifik, demografik serta muslihat politik onar oleh mereka itu. Bukit Sungai Kati telah pun kami jelajahi dan di sana, nampak segalanya.....
No comments:
Post a Comment